Tarikh diterbitkan : 15 Dec 2023

JUPEM @ THE 3rd INTERNATIONAL CONFERENCE ON UNMANNED AERIAL SYSTEMS IN GEOMATICS (UASG 2023) | 20-21 NOVEMBER 2023

JUPEM @ THE 3rd INTERNATIONAL CONFERENCE ON UNMANNED AERIAL SYSTEMS IN GEOMATICS (UASG 2023) | 20-21 NOVEMBER 2023

JUPEM telah dijemput oleh Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai rakan sokongan untuk penganjuran π‘‡β„Žπ‘’ 3π‘Ÿπ‘‘ πΌπ‘›π‘‘π‘’π‘Ÿπ‘›π‘Žπ‘‘π‘–π‘œπ‘›π‘Žπ‘™ πΆπ‘œπ‘›π‘“π‘’π‘Ÿπ‘’π‘›π‘π‘’ π‘œπ‘› π‘ˆπ‘›π‘šπ‘Žπ‘›π‘›π‘’π‘‘ π΄π‘’π‘Ÿπ‘–π‘Žπ‘™ π‘†π‘¦π‘ π‘‘π‘’π‘š 𝑖𝑛 πΊπ‘’π‘œπ‘šπ‘Žπ‘‘π‘–π‘π‘  (π‘ˆπ΄π‘†πΊ) 2023 di Bangi Resort Hotel, Bangi, Selangor. Penganjuran persidangan ini bertujuan merancakkan pembangunan industri geomatik dan menghimpunkan pakar-pakar, sarjana-sarjana serta para akademik dalam membincangkan penggunaan teknologi dron di peringkat global. Persidangan yang berlangsung selama dua hari ini telah dirasmikan oleh Profesor Dato’ Dr. Roslee bin Rajikan, Pro Naib Canselor (Strategi dan Pembangunan Korporat), Universiti Kebangsaan Malaysia.  

JUPEM telah mempamerkan dua (2) unit UAV model DJI Matrice dengan sensor LIDAR Riegl yang digunakan untuk aktiviti pemetaan dan unit DJI Phantom 4 bagi aktiviti pemantauan dan perancangan. Pengendali dron JUPEM dari Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung juga dibawakan bersama untuk menerangkan kaedah pengoperasian kepada pengunjung yang hadir. 

Persidangan ini juga disertai oleh delegasi Indian Institute of Technology Roorkee, India seramai 45 orang bersama Punjab Remote Sensing Centre, India, termasuk penyertaan wakil dari luar negara seperti Nepal, Indonesia, Taiwan, Korea dan beberapa negara lagi. Manakala pameran di UASG 2023 disertai bersama oleh Pusat Geospatial Negara, syarikat MAP2U SDN BHD, GSTC dan South Stec.