Tarikh diterbitkan : 15 Dec 2023

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA KEPADA KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA & PERBINCANGAN HALA TUJU BERSAMA | 28 NOVEMBER 2023

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH INSTITUT TANAH DAN UKUR NEGARA KEPADA KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA & PERBINCANGAN HALA TUJU BERSAMA  | 28 NOVEMBER 2023

Pihak Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) yang diketuai oleh YBr. Tuan Khairin Nazry bin Karim, Pengarah INSTUN, bersama dengan delegasi seramai 8 orang pegawai telah mengadakan sesi kunjungan hormat kepada YBrs. Sr Hazri bin Hassan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia pada 28 November 2023 di Pejabat KPUP. 

Sejurus kunjungan berkenaan, diadakan perbincangan hala tuju bersama, berhubung aktiviti-aktiviti dan program berkaitan latihan ukur dan pemetaan, selain meneruskan jalinan kerjasama antara kedua-dua agensi. Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Sr Hj. Kamarul Azam bin Kamarul Baharin, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Utiliti (BPU), JUPEM. 

JUPEM merakamkan jutaan terima kasih kepada INSTUN di atas kunjungan dan segala kerjasama dan jalinan hubungan baik dengan JUPEM selama ini, semoga kalobarasi terus terjalin diantara JUPEM dan INSTUN.