Tarikh diterbitkan : 20 Dec 2023

SESI KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) KEPADA KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) | 29 NOVEMBER 2023

SESI KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) KEPADA KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) | 29 NOVEMBER 2023

YBrs. Profesor Dr. Anuar bin Ahmad, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama empat orang pegawai lain telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YBrs. Sr Hazri bin Hassan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) di Ibu Pejabat JUPEM pada 29 November 2023 (Rabu) di Bilik Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Aras 11, Wisma JUPEM. 

Selain kunjungan hormat tersebut, UTM dan JUPEM turut mengadakan perbincangan bersama berkenaan dengan pembangunan teknologi dron bagi kegunaan aktiviti keselamatan dan menerokai peluang pertukaran kepakaran dron bersama JUPEM. 

YBrs. Sr Saiful Wazlan bin Wahab, Pengarah Ukur Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan berkesempatan mempengerusikan perbincangan dan turut disertai oleh YBhg. Bridgen Jeneral Dato’ Pahlawan Sr Dr. Mohd Zambri bin Rabab, Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan. Semoga kunjungan dan perbincangan ini akan mengeratkan lagi kerjasama antara JUPEM dan UTM.