Tarikh diterbitkan : 20 Dec 2023

KUNJUNGAN HORMAT KETUA STAF MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) KEPADA KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA | 29 NOVEMBER 2023

KUNJUNGAN HORMAT KETUA STAF MARKAS ANGKATAN TENTERA MALAYSIA (ATM) KEPADA KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA | 29 NOVEMBER 2023

Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Haji Ahmad telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia sempena Mesyuarat Jawatankuasa Geospatial Pertahanan. Dalam pertemuan tersebut, YBrs. Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia turut membincangkan isu-isu keselamatan dan pembangunan pengurusan data geospatial yang melibatkan kerjasama antara JUPEM dan ATM. 

YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Haji Ahmad merupakan Pengerusi bagi Jawatankuasa Geospatial Pertahanan telah dibawa melawat ke Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP) untuk melihat keupayaan BGSP dalam menyalurkan perkhidmatan geospatial pertahanan kepada ATM. Dalam siri lawatan tersebut, YBhg. Ketua Staf Markas ATM telah diberi taklimat dan demonstrasi berkaitan pengurusan dan perkhidmatan geospatial pertahanan melalui platform Defence Geospatial Information Management (DGIM) di Pusat Operasi Geospatial Pertahanan. Perkhidmatan Web Geospatial Information System (GIS) BGSP diwujudkan sebagai medium perkongsian maklumat geospatial pertahanan kepada pengguna ATM dan agensi keselamatan yang menggunakan konsep “sharing responsibilities”. Delegasi lawatan juga dibawa melawat ke Pameran Unmanned Aerial Vehicle (UAV) yang digunakan oleh BGSP bagi tujuan pemetaan. 

Kehadiran YBhg. Leftenan Jeneral Datuk Arman Rumaizi bin Haji Ahmad turut disambut oleh Brig. Jen. Dato’ Pahlawan Sr Dr. Mohd Zambri bin Mohamad Rabab, Pengarah Bahagian (Geospatial Pertahanan) bersama-sama pegawai ATM dan BGSP di Bangunan CAMS, Ibu Pejabat JUPEM