Tarikh diterbitkan : 03 Jan 2024

LAWATAN DARI PERPUSTAKAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) PULAU PINANG KE JUPEM | 20 DISEMBER 2023

LAWATAN DARI PERPUSTAKAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USM) PULAU PINANG KE JUPEM | 20 DISEMBER  2023

Seramai 5 orang pegawai daripada Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang yang diketuai oleh Puan Radia Banu binti Jan Mohamad, Timbalan Ketua Pustakawan telah berkunjung ke Ibu Pejabat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). 
 
Kunjungan ini merupakan lawatan penanda aras bertujuan bagi berkongsi maklumat serta percambahan idea berkenaan kaedah penyimpanan peta dan salinan pelan ukur. Perpustakaan USM juga ada mengendalikan dan menyimpan peta-peta yang diperolehi dari JUPEM bagi kegunaan pelajar-pelajar untuk menjalankan kajian dan penyediaan tesis. 

Sesi kunjungan ini dimulakan dengan taklimat pengenalan mengenai JUPEM yang telah disampaikan oleh Sr Izuan bin Hashim, Penolong Pengarah Ukur (Seksyen Pengurusan Korporat) daripada Bahagian Perancangan Korporat  dan diteruskan dengan lawatan ke Galeri JUPEM di Tingkat 1, Bangunan Ukur. Agenda diteruskan dengan sesi perkongsian kaedah penyimpanan peta dan pelan ukur yang telah disampaikan oleh Pustakawan JUPEM Puan Azian binti Othman. 

Kunjungan ini merupakan satu penghormatan kepada JUPEM dan telah membuka lembaran baru jalinan kerjasama dan perkongsian ilmu di antara pihak JUPEM dengan institut pengajian tinggi. Semoga usaha murni serta libat urus yang berterusan sebegini akan terus dapat meningkatkan serta mewujudkan hubungan baik di antara perpustakaan akademik dan sektor awam dalam perkongsian maklumat dan pengetahuan dari segi pengurusan koleksi serta kelestarian ilmu pada masa akan datang.