Tarikh diterbitkan : 27 Mar 2024

MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA 2024 | 27 FEBRUARI 2024

MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA 2024 | 27 FEBRUARI 2024

JUPEM telah mengadakan Majlis Amanat Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia yang bertempat di Dewan Ukur, JUPEM Ibu Pejabat, Kuala Lumpur pada 27 Februari 2024. Perhimpunan ini telah disempurnakan oleh YBrs. Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sr Hazri bin Hassan. Beliau telah menyampaikan amanat beliau bersama-sama dengan nasihat supaya JUPEM terus maju jaya dan dapat melahirkan lebih ramai pegawai-pegawai yang kompeten serta serba boleh.

Perhimpunan ini telah dihadiri seramai 260 orang termasuk Pengarah Bahagian, Pengarah Ukur Bahagian, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri, pegawai-pegawai Kader, Ahli MBJ Jabatan serta warga JUPEM di Ibu Pejabat. Perhimpunan ini juga turut disiarkan secara langsung melalui platfom Facebook Live.

Majlis juga turut diserikan dengan penyampaian sijil anugerah dan penghargaan termasuk beberapa pelancaran seperti berikut:

   1. Penyampaian Anugerah Penghargaan eBiz;

   2. Penyampaian Sijil Titanium Tier of GCI’S Certified Green Computing Facility Certification Standard;

   3. Pelancaran Berita Ukur Digital (BUDi);

 4. Penyampaian hadiah Pemenang Pertandingan Mereka Cipta Logo & Slogan GDAS (Geospatial Data Acquisition System) bertemakan Revolusi Industri 4.0;

   5. Pelancaran Buku Panduan Pendigitan Pangkalan Data Topografi Skala 1:5000;

  6. Penyampaian Anugerah KIK 2023; dan

  7. Penyerahan Buku 100 Hari KPUP


Majlis amanat ini telah diakhiri dengan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan bersama para jemputan.