Tarikh diterbitkan : 02 Apr 2024

KEBAWAH DULI YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM TERIMA MENGADAP PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN JOHOR | 29 FEBRUARI 2024

KEBAWAH DULI YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM TERIMA MENGADAP PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN JOHOR | 29 FEBRUARI  2024

Johor Bahru - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap YBrs. Sr Rosli bin Mohammed, Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor yang baharu. Turut serta Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali, Pengarah Tanah dan Galian Johor dan YBrs. Sr Azlim Khan bin Abdul Raof Khan, FRISM Pengarah Ukur Bahagian Ehwal Persempadanan mewakili Ibu Pejabat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Majlis mengadap bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berlangsung selama hampir 30 minit.