Tarikh diterbitkan : 02 Apr 2024

TAHNIAH JUPEM : GEOINNOVATION AWARDS 2023 | 29 FEBRUARI 2024

TAHNIAH JUPEM : GEOINNOVATION AWARDS 2023 | 29 FEBRUARI  2024

TAHNIAH JUPEM : GEOINNOVATION AWARDS 2023

REAL-TIME INSIGHTS FOR A SAFER MALAYSIA- DGIM TRACKER WINS IN GEOINNOVATION AWARDS 2023 

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah merangkul kemenangan di dalam Geoinnovation Awards 2023 yang dianjurkan oleh ESRI. Brigedier Jeneral Dato' Pahlawan Sr Dr Mohd Zambri bin Mohamad Rabab, Pengarah BGSP, yang mewakili Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, telah menerima anugerah ESRI Geoinnovation Awards di Hotel Aloft KL Sentral pada 29 Februari 2024 yang lalu. 

YBhg Dato' PBGSP telah diberi penghormatan sebagai pembentang pertama bagi majlis ini berkenaan sistem DGIM Tracker yang berupaya memantau dan menganalisis pergerakan secara spatial. Sistem ini dibangunkan menggunakan platform ArcGIS GeoEvent yang menjadi enjin dalam menyalurkan maklumat kepada ArcGIS server dalam membentuk satu dashboard pemantauan. Aplikasi ini turut menggunakan aplikasi sumber terbuka dalam menghantar maklumat dalam menjayakan dashboard tersebut. Bukan sahaja DGIM Tracker berupaya menghasilkan dashboard pemantauan malah dapat menyediakan self-tracking apps. Simulasi dijalankan dalam bentuk larian dan beberapa features dapat dibangunkan dalam masa 6 hari setelah mendapat arahan. Kesiagaan dalam membangunkan sistem dalam membantu aspek keselamatan telah diakui dalam percubaan sistem pada Ogos 2023 lalu seiring dengan konsep Whole of Government Whole of Society (WoGoS). 

Penganugerahan ini adalah titik tolak bagi JUPEM dalam terus melangkah menerokai keupayaan platform ArcGIS dalam menyesuaikan keperluan pengguna. Di samping itu, ia juga dapat menguatkan daya saing bagi JUPEM untuk menjadi organisasi paling progresif di Malaysia dalam aspek pembangunan Sistem Maklumat Geografi (GIS). 

Aktiviti yang telah dilaksanakan ini sejajar dengan Teras Kedua Pelan Strategik JUPEM 2021-2025 iaitu Memantapkan Perkhidmatan Geospatial Pertahanan Yang Mendukung Dasar Keselamatan Dan Kedaulatan Negara