Tarikh diterbitkan : 03 Apr 2024

LAWATAN AKADEMIK : PELAJAR UKUR TANAH UTMSPACE KE JUPEM | 29 FEBRUARI 2024

LAWATAN AKADEMIK : PELAJAR UKUR TANAH UTMSPACE KE JUPEM | 29 FEBRUARI  2024

JUPEM telah menerima lawatan dari pelajar Program Diploma Ukur Tanah, Jabatan Alam Bina dan Ukur, Pusat Pengajian Diploma SPACE UTM, Kuala Lumpur. Delegasi lawatan yang diketuai oleh Pensyarah Sr Gs. Sharifah Nurul Ain binti Syed Mustorpha dan Sr Noorazliza binti Sudar telah hadir ke JUPEM bersama 16 orang pelajar dari kursus berkenaan.  

Agenda lawatan dimulakan dengan taklimat Pengenalan JUPEM yang disampaikan oleh Sr Izuan bin Hashim, Penolong Pengarah Ukur dari Bahagian Perancangan dan Korporat (BPK). Seterusnya agenda diteruskan dengan lawatan ke Bahagian Kartografi dan GIS (BKGIS).  

Taklimat di BKGIS dimulakan oleh Sr K.Mathavan a/l S.Kumaran, Pengarah Ukur Seksyen, Seksyen Data Geospatial, BKGIS. Penerangan mengenai aktiviti kartografi bagi menghasilkan peta yang menepati spesifikasi telah disampaikan kepada pelajar sepanjang berada di Bahagian ini, produk-produk kartografi juga telah dipamerkan kepada pelajar di Bahagian ini. 

Lawatan diteruskan ke Bahagian Pangkalan Data Geospatial Negara (BPDGN). Taklimat awal disampaikan oleh Sr Abdullah Tohhar Bin Mat Yasin, Penolong Pengarah Ukur, Seksyen Perkhidmatan Geospatial, BPDGN. Pelajar telah didedahkan dengan peranan Bahagian ini yang merupakan pengendali utama pangkalan data geospatial negara, beberapa pegawai di BPDGN telah memberikan taklimat mengenai peranan seskyen masing-masing di BPDGN. Pelajar juga diberikan pendedahan secara hand-ons oleh pegawai JUPEM di workstation bagi memberi gambaran kepada keadaan kerja sebenar.