Tarikh diterbitkan : 16 Apr 2024

CERAPAN RASMI HILAL RAMADAN 1445H/2024M DI MENARA KUALA LUMPUR | 10 Mac 2024

CERAPAN RASMI HILAL RAMADAN 1445H/2024M DI MENARA KUALA LUMPUR | 10 Mac 2024

Kuala Lumpur, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBrs. Sr Hazri bin Hassan berkesempatan untuk menghadiri Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1445H/2024 di Menara Kuala Lumpur.  

Cerapan ini dilaksanakan adalah bagi memenuhi tuntutan syarak mengikut prosedur di negara ini dalam menentukan tarikh 1 Ramadan melalui rukyah hilal dan kaedah hisab imkanur rukyah. Cerapan anak bulan ini telah dilaksanakan melibatkan pasukan ukur JUPEM dan pasukan pencerap Jabatan Mufti Wilayah Perskutuan dengan berpandukan kepada data hisab yang telah diterbitkan oleh Bahagian Ukur Geodetik, JUPEM. 

Selain itu melalui cerapan ini juga, pencerap akan merekodkan data-data matahari  bagi tujuan semakan ketepatan data rukyah yang telah disediakan dan memastikan ketepatan data hitungan yang digunakan.