Tarikh diterbitkan : 23 Jun 2020

Lawatan Kerja Dato' KPUP ke JUPEM Pahang

KUANTAN, 15 Jun - YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Jabatan Ukur dan Pemetaan Pahang dan disambut oleh YBrs. Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman, Pengarah Ukur dan Pemetaan Pahang serta pegawai-pegawai lain. Turut hadir dalam lawatan kerja ini ialah YBhg. Datin Hindon bin Osman, Pengerusi Puspanita JUPEM.

Lawatan kerja ini antara bertujuan untuk merasmikan Bilik Operasi UAV JUPEM Pahang, penyampaian sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada pegawai JUPEM Pahang dan penyerahan alat Total Station kepada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Pada akhir lawatan tersebut, YBrs. Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman, Pengarah Ukur dan Pemetaan Pahang telah menyampaikan cenderahati kepada YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed sebagai kenang-kenangan.