Tarikh diterbitkan : 03 Sep 2019

Majlis Serah Terima Tugas

Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan telah diadakan pada 30 Ogos 2019 bertempat di Pejabat Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Wisma JUPEM. Serah terima tugas antara Brig. Jen. Sr Dr. Mohd Zambri bin Mohamad Rabab, Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan dengan Kol. Sr Muhamad Nadzir bin Mat Isin, Timbalan Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan turut disaksikan oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBrs. Sr Dr. Azhari bin Mohamed. Brig. Jen. Sr Dr. Mohd Zambri bin Mohamad Rabab akan menjalani kursus di Maktab Ketahanan Nasional (MKN) selama 12 bulan bermula pada 3 September 2019 hingga 28 Ogos 2020.