Tarikh diterbitkan : 12 Aug 2020

Mesyuarat Pengurusan JUPEM Bilangan 2 Tahun 2020

KUALA LUMPUR, 23 Julai - Mesyuarat Pengurusan JUPEM Bilangan 2 Tahun 2020 telah diadakan di Bilik Persidangan, Tingkat 15, Wisma JUPEM yang dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I/II serta semua Pengarah Ukur Bahagian/Pengarah Bahagian/Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri.

Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan prestasi dan pencapaian bagi setiap aktiviti kerja yang telah dilaksanakan bagi setengah tahun 2020 serta pindaan Sasaran Kerja Tahunan (SKT) 2020. Di samping itu, pelbagai perkara dan isu berkaitan jabatan telah dibincangkan dalam mesyuarat ini.

Mesyuarat diakhiri dengan sesi penyampaian sijil dan hamper kepada JUPEM Perak dan JUPEM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur kerana masing-masing telah mencapai jumlah transaksi tertinggi dan jumlah kutipan tertinggi dalam Sistem eBiz JUPEM bagi bulan Januari hingga Jun 2020.