Tarikh diterbitkan : 14 Aug 2020

KPUP ditauliah Kolonel Kehormat Pengarah Pemetaan Negara

KUALA LUMPUR, 11 Ogos - Sekalung tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia atas penganugerahan pangkat Kolonel Kehormat Pengarah Pemetaan Negara yang telah disempurnakan oleh YBhg. Jeneral Datuk Zamrose bin Mohd Zain, Panglima Tentera Darat dalam majlis upacara pemakaian pangkat Pegawai Tauliah Kehormat Rejimen Askar Wataniah bertempat di Pejabat Panglima Tentera Darat, Wisma Pertahanan.
 
Hadir mengiringi YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed dalam majlis ini ialah Kol. Sr Muhamad Nadzir bin Mat Isin, Timbalan Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP). Penganugerahan ini telah diperkenankan menerusi kelulusan Majlis Angkatan Tentera ke-581. Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Leftenan Jeneral Dato’ Hasagaya bin Abdullah, Timbalan Panglima Tentera Darat dan Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Darat.