Tarikh diterbitkan : 16 Dec 2020

Majlis Penyerahan Surat Pemangkuan dan Penempatan Juruukur Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C)

KUALA LUMPUR, 14 Dis - Majlis Penyerahan Surat Pemangkuan dan Penempatan Juruukur Gred Jawatan Utama Sektor Awam C (JUSA C) telah berlangsung di Pejabat Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan, Tingkat 11, Wisma JUPEM pada hari ini di mana YBrs. Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman, Pengarah Ukur dan Pemetaan Pahang telah ditempatkan sebagai Pengarah Ukur Bahagian (Dasar dan Penyelarasan Pemetaan) manakala YBrs. Sr Zoher bin Nomanbhoy, Pengarah Ukur Bahagian (Kartografi dan GIS) memangku JUSA C dan dilantik sebagai Pengarah Ukur dan Pemetaan Pahang.

Pada majlis yang sama turut berlangsung sesi serahan tugas YBrs. Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman kepada Sr Zoher bin Nomanbhoy yang disaksikan oleh YBhg. Dato' Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia. Turut hadir dalam majlis ini ialah YBrs. Sr Sohaime bin Haji Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II dan pegawai-pegawai lain.