Tarikh diterbitkan : 29 Jan 2021

Mesyuarat Pengurusan JUPEM Bilangan 1 Tahun 2021

KUALA LUMPUR, 29 Jan - Mesyuarat Pengurusan JUPEM Bilangan 1 Tahun 2021 secara sidang video telah diadakan pada pagi ini bersesuaian dengan arahan Kerajaan sebagai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Am Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mensyaratkan agar mesyuarat secara bersemuka bagi agensi Kerajaan dan swasta adalah tidak dibenarkan dan perlu dilaksanakan secara sidang video.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia dan turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II serta semua Pengarah Ukur Bahagian/Pengarah Bahagian/Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri.

Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan prestasi dan pencapaian bagi setiap aktiviti kerja yang telah dilaksanakan sepanjang tahun 2020 dan cadangan sasaran kerja tahunan (SKT) tahun 2021.