Tarikh diterbitkan : 11 Feb 2021

Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas sempena persaraan wajib Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I

KUALA LUMPUR, 10 Feb - Majlis Penyerahan Nota Serah Tugas sempena persaraan wajib YBrs. Sr Ahmad Azman bin Ghazali, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I telah berlangsung di Ibu Pejabat JUPEM pada hari ini. Majlis ini turut dihadiri oleh YBrs. Sr Sohaime bin Haji Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, Pengarah Ukur Bahagian/Pengarah Bahagian/Pengarah Ukur dan Pemetaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya serta pegawai-pegawai di Ibu Pejabat JUPEM.

Majlis ini dimulakan dengan ucapan YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed bagi menyampaikan penghargaan kepada YBrs. Sr Ahmad Azman bin Ghazali sepanjang perkhidmatan beliau di JUPEM. Majlis ini diakhiri dengan sesi mengetik kad perakam waktu buat kali terakhir YBrs. Sr Ahmad Azman bin Ghazali di lobi Wisma JUPEM dan seterusnya diiringi dengan konvoi motosikal berkuasa tinggi sebagai tanda simbolik penghargaan JUPEM kepada YBrs. Sr Ahmad Azman bin Ghazali. Pegawai-pegawai dan kakitangan JUPEM turut mengambil kesempatan mengucapkan selamat bersara sebagai tanda penghormatan kepada beliau.

Akhir kata, Selamat Bersara dan jutaan terima kasih kepada YBrs. Sr Ahmad Azman bin Ghazali atas sumbangan serta khidmat bakti beliau di JUPEM (2 Februari 1985 - 13 Februari 2021).