Tarikh diterbitkan : 17 Feb 2021

Sesi Walkabout YBhg. Dato’ KPUP ke Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan

KUALA LUMPUR, 15 Feb - Sesi Walkabout oleh YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia ke Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan (BDPP) telah diadakan pada hari ini. Kehadiran YBhg. Dato’ KPUP telah disambut oleh YBrs. Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman, Pengarah Ukur Bahagian (Dasar dan Penyelarasan Pemetaan) dan pegawai-pegawai di BDPP. Turut hadir dalam sesi walkabout ini ialah Sr Tsalimy bin Abdullah, Pengarah Ukur Bahagian (Perancangan dan Korporat) dan Puan Nor Azliza binti Shaharuddin, Pengarah Bahagian (Khidmat Pengurusan).

Sesi Walkabout ini antaranya bertujuan untuk melihat secara dekat pengurusan, pencapaian KPI dan aktiviti-aktiviti di BDPP. YBhg. Dato’ KPUP turut berkesempatan melawat ke Seksyen-seksyen di BDPP serta Perpustakaan JUPEM. Pengarah Ukur Bahagian (Bahagian Dasar dan Penyelarasan Pemetaan) telah menyampaikan cenderahati kepada YBhg. Dato’ KPUP sebagai tanda kenang-kenangan pada akhir sesi walkabout ini.