Tarikh diterbitkan : 29 Mar 2021

Kempen Derma Darah

KUALA LUMPUR, 25 Mac - Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Bahagian Geomatik dan Ukur Tanah, Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia (RISM) dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) telah berjaya menganjurkan Kempen Derma Darah bertempat di Dewan Ukur JUPEM pada hari ini.

Kempen ini turut dihadir oleh YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBhg. Dato' Thiruselvam Arumugam, Presiden RISM, YBhg. Datuk Sr Haji Johari bin Wahab, Pengerusi Bahagian Geomatik dan Ukur Tanah RISM serta pegawai-pegawai kanan Ibu Pejabat JUPEM.

Seramai lebih kurang 95 orang penderma telah hadir dalam kempen ini dan hanya 79 orang penderma telah berjaya melepasi saringan untuk menderma darah.

Pihak urus setia JUPEM dan RISM ingin mengucapkan terima kasih kepada para penderma khususnya tentera dari Kem Batu Kentonmen dan kakitangan PDN yang diketuai oleh Dr. Manpreet atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan kempen ini.