Tarikh diterbitkan : 07 Apr 2021

JUPEM berjaya mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2015

KUALA LUMPUR, 31 Mac - Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah berjaya mengekalkan pensijilan MS ISO 9001:2015 bagi skop Pengurusan dan Penerbitan Peta Topografi serta Pengurusan dan Perkhidmatan Ukur Kadaster hasil pengauditan oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. pada 24 hingga 31 Mac 2021 di 18 buah lokasi termasuklah Ibu Pejabat JUPEM Kuala Lumpur, Bahagian, JUPEM Negeri, Pejabat Ukur Daerah dan Pejabat Ukur Topografi Wilayah.

Pengurusan Tertinggi JUPEM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh warga JUPEM sepanjang proses pengauditan dijalankan. Semoga usaha ini dapat dikekalkan dan dipertingkatkan pada masa akan datang dalam memastikan Sistem Pengurusan Kualiti (SPK) JUPEM memenuhi standard dan keperluan yang ditetapkan.

Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat.