Tarikh diterbitkan : 31 May 2021

Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia Menerima Suntikan Kedua Vaksin COVID-19

KUALA LUMPUR, 31 MEI - YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah menerima suntikan dos kedua vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech bagi melengkapkan suntikan vaksinasi dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. YBhg. Dato’ KPUP turut diiringi oleh Bridg. Jen. Sr Dr. Mohd Zambri bin Mohd Rabab, Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP) di Dewan Desa Setia Wira, MINDEF.

Turut menerima suntikan kedua ini adalah Kol. Sr Mohamad Nadzir bin Mat Isin, Timbalan Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP) dan pegawai-pegawai lain BGSP yang telah didaftarkan dalam program suntikan vaksin ini.

*Untuk makluman, pelitup muka dibuka bertujuan pengambilan gambar bagi aktivit-aktiviti yang dijalankan. Perjalanan setiap aktiviti adalah mematuhi Standard Operasi Prosedur (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

#LindungDiriLindungSemua
#PICK
#SayaTelahDivaksin