Tarikh diterbitkan : 29 Jul 2021

Mesyuarat Pengurusan JUPEM Bilangan 2 Tahun 2021

KUALA LUMPUR, 28 Jul - Mesyuarat Pengurusan JUPEM Bilangan 2 Tahun 2021 secara sidang video telah diadakan pada pagi ini bersesuaian dengan arahan Kerajaan sebagai mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang mensyaratkan agar mesyuarat secara bersemuka agensi kerajaan dan swasta yang melibatkan wakil agensi kerajaan dan swasta adalah tidak dibenarkan dan perlu dilaksanakan secara sidang video.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II serta 30 orang wakil pihak pengurusan dari Bahagian/JUPEM Negeri di seluruh Malaysia.

Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan prestasi dan pencapaian bagi setiap aktiviti kerja yang telah berjaya dilaksanakan bagi Januari hingga Jun 2021 dan cadangan pindaan sasaran kerja tahunan (SKT) tahun 2021.