Tarikh diterbitkan : 11 Sep 2021

SESI WALKABOUT YBHG. DATO’ KPUP YANG KE-23 DI JUPEM KEDAH

 

KULIM, 9 Sept - Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed telah mengadakan Sesi Walkabout yang ke-23 di Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Kedah pada hari ini. Sesi walkabout Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah disambut oleh YBrs. Sr Shabudin bin Saad, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Kedah, Sr Shahriman bin Ismail, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan I dan pegawai-pegawai yang lain. Turut hadir ialah YBhg. Datin Hindon binti Osman, Pengerusi PUSPANITA dan Sr Iza Zarina binti Abdu Razak @ Idris, Setiausaha PUSPANITA.

Dalam Sesi Walkabout ini, YBhg. Dato’ KPUP berkesempatan untuk menyampaikan sumbangan kepada mangsa bencana Kepala Air di Titi Hayun, Kedah. Dalam sesi yang sama, Pengerusi PUSPANITA diiringi oleh Setiausaha PUSPANITA turut berkesempatan menyampaikan sumbangan kepada wakil penerima yang terkesan dan telah positif COVID-19 serta sumbangan untuk menjalankan aktiviti PUSPANITA JUPEM Kedah.

YBhg. Dato’ KPUP turut berkesempatan beramah mesra bersama kakitangan JUPEM Kedah semasa lawatan ke Seksyen/Unit JUPEM Kedah.

Pada akhir sesi walkabout, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Kedah telah menyampaikan cenderahati kepada YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed dan YBhg. Datin Hindon binti Osman sebagai tanda ingatan dan kenang-kenangan.