Tarikh diterbitkan : 30 Sep 2021

KUNJUNGAN HORMAT KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA KEPADA SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI TERENGGANU

KUALA TERENGGANU, 22 September - Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed telah mengadakan kunjungan hormat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, YB Dato’ Mohd Zahari bin Md Azahar di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu pada hari ini. Kunjungan hormat YBhg. Dato’ KPUP ini turut diiringi oleh Sr Rosli bin Mohammed, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Terengganu dan Sr Nik Mohd. Wafi bin Nik Mohamed Daud, Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan I.

Dalam sesi kunjungan hormat ini, YBhg. Dato’ KPUP turut memberi taklimat ringkas kepada YB Dato’ Mohd Zahari bin Md Azahar berkaitan kemajuan pengukuran sempadan darat dan maritim, status projek-projek pembangunan RMk-11 dan RMk-12, kerja-kerja ukur pengesanan dan pemetaan utiliti dilaksanakan oleh Juruukur Tanah Berlesen (JTB) yang memiliki Sijil Kompetensi Kursus Pemetaan Utiliti Bawah Tanah (CUUDM/CUUDS) yang diiktirafkan oleh Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) serta lain-lain kemajuan aktiviti pengukuran di Negeri Terengganu.

Pada akhir kunjungan, YBhg Dato’ KPUP turut menyampaikan cenderamata kepada YB Dato’ Mohd Zahari bin Md Azahar sebagai tanda ingatan dan terima kasih.