Tarikh diterbitkan : 20 Oct 2021

Majlis Jasamu Dikenang

KUALA LUMPUR, 12 Oktober - Satu Majlis Jasamu Dikenang sempena persaraan YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia yang akan bersara paksa pada 17 Oktober 2021 telah diadakan di Dewan Prima Ballroom, Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) pada pagi ini.

Majlis Jasamu Dikenang ini turut meraikan bersama dengan tujuh (7) lagi pegawai kanan JUPEM yang telah bersara iaitu YBrs. Sr Ahmad Azman bin Ghazali, Mantan Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, YBrs. Sr Ng Eng Guan, Mantan Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Johor, YBrs. Sr Hj. Zahari bin Zamlope, Mantan Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Perak, YBrs. Sr Zoher bin Nomanbhoy, Mantan Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Pahang, YBrs. Sr Chan Keat Lim, Mantan Pengarah Ukur Bahagian Kadaster, YBrs. Sr Dr. Mohd Yunus bin Mohd Yusoff, Mantan Pengarah Ukur Bahagian Ukur Geodetik dan YBrs. Sr Haji Zulkifli bin Sidek, Mantan Timbalan Pengarah Ukur Bahagian Ehwal Persempadanan.

Turut hadir dalam majlis ini ialah YBrs. Sr Sohaime bin Haji Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I, YBrs. Sr Haji Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II serta semua Pengarah Ukur Bahagian, Pengarah Bahagian, Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri dan pegawai-pegawai JUPEM.