Tarikh diterbitkan : 09 Feb 2022

LAWATAN KERJA YBRS. SR SOHAIME BIN HAJI RASIDI, TIMBALAN KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN I KE JUPEM PAHANG SERTA LAWATAN TEKNIKAL KE SEMPADAN NEGERI ANTARA PAHANG DAN TERENGGANU

KUANTAN, 31 Januari - Satu lawatan rasmi ke Jabatan Ukur dan Pemetaan Pahang oleh YBrs. Sr Sohaime bin Haji Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I telah disambut oleh YBrs. Sr Azlim Khan bin Abdul Raof Khan, Pengarah Ukur dan Pemetaan Pahang serta pegawai-pegawai lain. Turut mengiringi TKPUP I bagi sesi lawatan ini ialah YBrs. Sr Haji Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II dan YBrs. Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman, Pengarah Ukur Bahagian (Dasar dan Penyelarasan Pemetaan) serta YBrs. Puan Salwa binti Sa’dom, Timbalan Pengerusi Puspanita JUPEM.

Tujuan utama lawatan rasmi YBrs. TKPUP I adalah untuk memantau pengurusan JUPEM Negeri, pencapaian SKT serta aktiviti-aktiviti di JUPEM Pahang. Dikesempatan yang sama, YBrs. TKPUP I telah merasmikan Bilik Pemetaan Utiliti JUPEM Pahang. Seterusnya YBrs. TKPUP I dengan kerjasama PUSPANITA JUPEM telah menyerahkan sumbangan kepada kakitangan JUPEM Pahang yang dijangkiti Covid-19. Di akhir lawatan tersebut, Pengarah Ukur dan Pemetaan Pahang telah menyampaikan cenderahati kepada YBrs. TKPUP I sebagai tanda kenang-kenangan.

Seterusnya, YBrs. TKPUP I bersama-sama dengan YBrs. TKPUP II, Pengarah Ukur (BDPP) dan Pengarah Ukur dan Pemetaan Pahang telah mengadakan lawatan teknikal ke kawasan Sempadan Negeri antara Pahang dan Terengganu di sekitar Pantai Chendor. Tujuan utama lawatan teknikal YBrs. TKPUP I ini adalah untuk melihat secara lebih dekat dan meneliti tanda sempadan di antara Pahang – Terengganu berdasarkan kepada Perjanjian Sempadan pada 19 Mac 2007. Semua ahli rombongan turut diberi taklimat secara ringkas oleh Sr Mohamad Fuad bin Kahar, Juruukur SME (Bahagian Ehwal Persempadanan) berkaitan dengan status pengukuran sempadan dan isu-isu terkini bagi sempadan Dua Negeri iaitu Pahang dan Terengganu.