Tarikh diterbitkan : 24 Feb 2022

SESI MENANDATANGANI NOTA SERAH TUGAS TIMBALAN KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN I

KUALA LUMPUR, 21 Februari - Satu sesi menandatangani Nota Serah Tugas Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I oleh YBrs. Sr Sohaime bin Haji Rasidi telah diadakan pada dengan disaksikan oleh YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, YBrs. Sr Wan Mohamad Darani bin Ab. Rahman, Pengarah Ukur Bahagian (Dasar dan Penyelarasan Pemetaan) dan YBrs. Sr Muhamad Salim bin Mohammed Asari, Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster) bertempat di Bilik Persidangan, Wisma JUPEM. YBrs. Sr Sohaime bin Haji Rasidi juga telah menanggung kerja sebagai Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia sehingga 4 Mac 2022.

Serah Nota Tugas ini dilaksanakan berikutan YBrs. Sr Sohaime bin Haji Rasidi akan bersara wajib pada 4 Mac 2022 seterusnya menamatkan pekhidmatan sebagai penjawat awam.