Tarikh diterbitkan : 24 Feb 2022

MAJLIS JASAMU DIKENANG SEMPENA PERSARAAN TIMBALAN KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN I DAN PEGAWAI-PEGAWAI KANAN JUPEM

KUALA LUMPUR, 21 Februari – Satu Majlis Jasamu DIkenang sempena persaraan YBrs. Sr Sohaime bin Haji Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I yang akan bersara wajib pada 4 Mac 2022 telah diadakan di Dewan Prima Ballroom, Wisma Lembaga Juruukur Tanah Malaysia (LJT).

Majlis Jasamu Dikenang ini turut meraikan Bersama dengan dua (2) orang pegawai kanan JUPEM yang akan bersara wajib iaitu YBrs. Sr Mohd Latif bin Zainal, Pengarah Ukur dan Pemetaan Johor yang akan bersara pada 5 Mac 2022 dan YBrs. Sr Kamil bin Ariffin, Pengarah Ukur dan Pemetaan Perak yang akan bersara pada 20 Mac 2022 nanti.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah YBrs. Sr Mohamad Zaki bin Mohd Ghazali, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, YBhg. Datuk Ismail bin Harun, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Juruukur Tanah, Pengarah-Pengarah Ukur Bahagian, Pengarah-Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri, wakil PUSPANITA JUPEM serta wakil MBJ JUPEM. Majlis ini diadakan bertujuan sebagai menghargai jasa dan pengorbanan pegawai-pegawai kanan JUPEM ini yang telah berkhidmat hamper 37 tahun di JUPEM. Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian cenderahati persaraan kepada YBrs. Sr Sohaime bin Haji Rasidi, YBrs. Sr Mohd Latif bin Zainal dan YBrs. Sr Kamil bin Ariffin.