Tarikh diterbitkan : 28 Feb 2022

MAJLIS SEND OFF YBRS. SR SOHAIME BIN HAJI RASIDI, TIMBALAN KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN I

KUALA LUMPUR, 25 Februari - Majlis "Send Off" YBrs. Sr Sohaime bin Haji Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I telah diadakan di Perkarangan Lobi Wisma JUPEM pada hari ini. 

Turut hadir pada majlis ini ialah YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II dan semua Pengarah Ukur Bahagian di Ibu Pejabat JUPEM serta Pengarah Ukur dan Pemetaan WP Kuala Lumpur/Putrajaya bersama-sama dengan warga JUPEM yang lain dan isteri beliau, Puan Salwah binti Sadom yang juga merupakan Timbalan Pengerusi PUSPANITA I JUPEM.

Pada kesempatan yang sama, YBrs. Sr Sohaime bin Haji Rasidi turut melaksanakan "punch-out" terakhir beliau sebagai kakitangan perkhidmatan awam. Pada akhir majlis, beliau telah diarak dan diiringi dengan JUPEM Riders sebagai penutup acara sesi "Send Off".

Seluruh warga JUPEM mengucapkan selamat bersara kepada YBrs. Sr Sohaime bin Haji Rasidi dan semoga maju jaya dalam apa jua bidang selepas ini.