Tarikh diterbitkan : 22 Mar 2022

Majlis Sambutan Global Surveyors’ Day 2022 (GSD 2022)

KUALA LUMPUR, 21 Mac - Bersempena dengan majlis sambutan Global Surveyors’ Day 2022 (GSD 2022), telah berlangsungnya Komuniti Ukur Fit @ GSD 2022 pada 21 Mac 2022 di pekarangan Bangunan CAMS. GSD pada tahun ini yang bertemakan “Komuniti Ukur Responsif” merupakan acara tahunan bagi meraikan profesion Juruukur. Program Komuniti Ukur Fit ini turut dihadiri YBrs.Sr Hj Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II bersama dengan lebih 100 warga dan kakitangan Ibu Pejabat JUPEM. Program ini turut dimeriahkan lagi dengan penglibatan secara maya melalui facebook live oleh semua JUPEM Negeri. Program ini diadakan bagi menggalakkan warga JUPEM untuk mengamalkan budaya hidup yang sihat. Program ini diakhiri dengan sesi cabutan bertuah kepada para peserta yang terlibat. 

#jupem
#GSD2022
#GlobalSurveyorsDay
#WoWJupem