Tarikh diterbitkan : 19 Jul 2022

YBHG. TAN SRI DATO’ SERI KETUA SETIAUSAHA NEGARA MENYEMPURNAKAN PEMETERAIAN MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MOU) HASRAT PENANDAAN DAN PENGUKURAN SEMPADAN ANTARA WP KUALA LUMPUR DAN WP PUTRAJAYA DENGAN NEGERI SELANGOR

Putrajaya, 24 Jun 2022 - YBhg. Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki bin Ali,  Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah menyempurnakan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) Hasrat Penandaan dan Pengukuran Sempadan antara W.P Kuala Lumpur dan W.P Putrajaya dengan Negeri Selangor serta MoU Setuju Terima Ukuran Sedia ada antara W.P Putrajaya dengan Negeri Selangor.

YBhg. Tan Sri Dato' Seri KSN mewakili pihak Kerajaan Persekutuan telah menandatangani MoU berkenaan di hadapan YBhg. Datuk Seri Hajah Rosida binti Jaafar, Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan.

Majlis ini telah diadakan di Pejabat Ketua Setiausaha Negara, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya di mana ia turut disaksikan oleh YBhg. Dato’ Haji Rosli bin Isa, Ketua Setiausaha Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dan YBhg. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).