Tarikh diterbitkan : 19 Jul 2022

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH UNIT PENGUATKUASAAN NEGERI PAHANG (UPNP) KEPADA KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 20 Jun - Satu delegasi dari Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang yang diketuai oleh YBhg. Dato' Mohd Zulkifli bin Hashim bersama dengan pegawai-pegawai UPNP iaitu Encik Hamzani Amier bin Mohamad (Ketua Sektor Pengurusan & Kewangan), Encik Muhamad Rushdan Hakim bin Ramzan (Ketua Pegawai Penguatkuasa Pahang Timur), Encik Mohamad Ainuddin Iswadi bin Mashudi (Ketua Seksyen Penyelidikan & Remote Sensing) dan Encik Hasmadi bin Mahyudin (Ketua Seksyen Perundingan & Pematuhan) telah mengadakan sesi kunjungan hormat kepada YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia pada pagi tadi.

Turut hadir pada sesi ini ialah YBrs. Sr Muhammad Salim Bin Mohammed Asri, Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster), Brig. Jen. Sr Dr. Mohd Zambri bin Mohamad Rabab, Pengarah Bahagian (Geospatial Pertahanan) serta Sr Mohamad Azmar bin Che Mat, Pengarah Ukur Bahagian (Perancangan dan Korporat).

Pada sesi pertemuan ini juga, kedua-dua pihak telah membincangkan peranan dan fungsi Jabatan/Agensi yang melibatkan pengurusan dan penggunaan data geospatial dalam bidang kerja masing-masing.

UPNP merupakan satu unit khas yang ditubuhkan sejak 15 Oktober 2019 oleh Kerajaan Negeri Pahang berperanan untuk menjalankan tugas-tugas penguatkuasaan berdasarkan kepada akta-akta di bawah bidang kuasa kerajaan negeri Pahang dan telah menggunapakai data geospatial sebagai salah satu kaedah dalam menjalankan aktiviti dan tugas penguatkuasaan oleh pihak mereka.