Tarikh diterbitkan : 07 Aug 2019

Notis Penutupan Tapak Ujian Alat Pengesanan Utiliti Bawah Tanah

Dimaklumkan bahawa Tapak Ujian Alat Pengesanan Utiliti Bawah Tanah akan ditutup buat sementara waktu bermula 9 Ogos 2019 hingga 15 September 2019 untuk kerja-kerja penyelenggaraan bumbung.

Tuan/puan yang ingin membuat ujian alat diminta membuat tempahan selepas kerja-kerja penyelenggaraan selesai dengan menghantar e-mel permohonan kepada utility@jupem.gov.my.

Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali.

 

Bahagian Pemetaan Utiliti (BPU)

Ibu Pejabat JUPEM