Tarikh diterbitkan : 20 May 2021

Gangguan Capaian Sistem eKadaster di JUPEM Johor

Dimaklumkan bahawa sistem eKadaster di JUPEM Johor termasuklah aplikasi JUPEM2U Johor akan mengalami gangguan capaian bermula pada 20 Mei 2021 (mulai jam 3.30 petang) hingga 23 Mei 2021 jam 8.30 pagi untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan berjadual Pemutus Litar Udara (ACB) di Wisma Persekutuan Johor Bahru. Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali.