Tarikh diterbitkan : 27 May 2021

Gangguan Capaian Sistem eKadaster di JUPEM Terengganu

Dimaklumkan bahawa sistem eKadaster di JUPEM Terengganu termasuklah aplikasi JUPEM2U Terengganu akan mengalami gangguan capaian bermula pada 28 Mei 2021 (Jumaat) jam 2.00 petang hingga 29 Mei 2021 (Sabtu) jam 5.00 petang untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan Papan Suis Utama (PSU) di Wisma Persekutuan Kuala Terengganu. Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali.