Tarikh diterbitkan : 03 Jun 2021

PERKHIDMATAN MyRTKnet DI BAWAH PLATFORM SPIDERNET KE PLATFORM SPIDER BUSINESS CENTRE (SBC)

Sebagaimana maklum oleh pengguna sistem MyRTKnet swasta dan persendirian (selain pengguna JUPEM), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dalam proses peralihan dari platform sedia ada iaitu SpiderNet ke platform Spider Business Centre (SBC). Pengujian terhadap penggunaan sistem SBC untuk pengukuran dan prosesan data GNSS telah dibuka pada 3 Jun 2021. Sukacita memaklumkan bahawa pengujian tersebut akan DILANJUTKAN sehingga 16 Julai 2021. Untuk tujuan ini, pengguna adalah diminta menjalankan pengukuran menggunakan semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh sistem baharu ini iaitu Virtual Reference Station (VRS), Master Auxiliary Corrections (MAC), Individualized Master Auxiliary Corrections (i-MAX), Nearest Base (NB) dan Single Base (SB). Pengguna juga dipohon untuk mengisi borang kaji selidik seperti di pautan https://forms.gle/mWk5JCJUn4wf6YPeA bagi membolehkan pihak Urus Setia mengambil maklum berkenaan kelemahan sistem bagi tujuan penambahbaikan.

Bagi membolehkan pengguna mengakses kepada sistem baharu ini maka domain web baru www.myrtknet.gov.my hendaklah dirujuk untuk kegunaan memuat turun data Continuously Operating Reference Stations (CORS) dan virtual RINEX. Bagi tujuan cerapan masa hakiki pula, pengguna boleh mengakses kepada sistem ini dengan menggunakan IP: pxy.myrtknet.gov.my dan daftar port 2101 (VRS, MAC, iMAC, DGPS, NB), port 2102 (SB bagi Sabah dan Sarawak) dan port 2103 (SB bagi Semenanjung). Selepas tempoh percubaan ini, analisis keberkesanan sistem baharu tersebut akan dijalankan sebelum perkhidmatan sistem MyRTKnet menerusi platform SpiderNet ditamatkan. Sehubungan itu, pengguna hendaklah membuat perancangan sewajarnya berkenaan keperluan alat, sistem dan sebagainya berkaitan dengan persediaan perlaksanaan penuh sistem baharu kelak.

Dalam tempoh percubaan, pengguna masih boleh mengakses kepada sistem SpiderNet (sistem sedia ada) jika terdapat masalah semasa penggunaan sistem SBC. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan MyRTKnet, pengguna bolehlah menghubungi pegawai di Bahagian Ukur Geodetik, Ibu Pejabat JUPEM iaitu Sr Dr. Muhammad Hafiz bin Mohd Yatim (03-26170621/ muhammad.hafiz@jupem.gov.my) atau En. Azwan bin Johan (03-2617 0624/ azwanjohan@jupem.gov.my).

Sekian, terima kasih

Bahagian Ukur Geodetik
JUPEM