Tarikh diterbitkan : 23 Aug 2019

Makluman Kerja-Kerja Penyelenggaraan Lif-Lif di Wisma JUPEM dan Bangunan Ukur

Adalah ingin dimaklumkan bahawa Pihak JKR selaku Pengurus Projek bagi Kerja-Kerja Penggantian (2) dua buah lif di Wisma JUPEM sedang dalam proses panggilan tender untuk memilih kontraktor yang berwibawa bagi tujuan penggantian lif ini.

Kerja-kerja penggantian lif dijangka akan bermula pada bulan Oktober 2019 dan akan dapat disiapkan sepenuhnya pada bulan Oktober 2020.

Dalam masa yang sama Pihak Pengurusan JUPEM juga telah melantik kontraktor bagi Kerja-Kerja Penyelenggaraan Lif-Lif di Wisma JUPEM dan Bangunan Ukur. Selain daripada (2) dua buah lif yang digantikan oleh Pihak JKR, lain-lain lif di Wisma JUPEM dan Bangunan Ukur dijangka akan dapat beroperasi dengan baik pada atau sebelum November 2019.

Di atas segala kesulitan yang dihadapi oleh Warga JUPEM dan Orang Awam adalah amat dikesali dan dimohon maaf.

Bahagian Khidmat Pengurusan

Ibu Pejabat JUPEM