Tarikh diterbitkan : 13 Aug 2021

Gangguan Capaian Sistem eKadaster di JUPEM Perlis

Dimaklumkan bahawa sistem eKadaster di JUPEM Perlis termasuklah aplikasi JUPEM2U Perlis akan mengalami gangguan capaian bermula pada 13 Ogos 2021 (Jumaat) jam 3.00 petang dan dijangka akan kembali beroperasi pada 16 Ogos 2021 (Isnin) jam 12.00 tengah hari untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penggantian Papan Suis Utama (PSU) di Bangunan Persekutuan Kangar. Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali.