Tarikh diterbitkan : 30 Sep 2021

Notis Gangguan Capaian Sistem eKadaster di JUPEM Kelantan

Dimaklumkan bahawa sistem eKadaster di JUPEM Kelantan termasuklah aplikasi JUPEM2U Kelantan akan mengalami gangguan capaian bermula pada 2 Oktober 2021 (Sabtu) jam 8.30 pagi dan dijangka akan kembali beroperasi pada pukul 11.00 malam untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pendawaian semula elektrik serta penyelenggaraan kecil di Bangunan JUPEM Kelantan.

Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali.