Tarikh diterbitkan : 11 Oct 2021

Gangguan Capaian Sistem eKadaster di JUPEM Perlis

Dimaklumkan bahawa sistem eKadaster di JUPEM Perlis termasuklah aplikasi JUPEM2U Perlis akan mengalami gangguan capaian pada 12 Oktober 2021 (Selasa) jam 3.00 petang dan dijangka akan kembali beroperasi pada pukul 7.00 malam untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pertukaran tembok api (firewall) di Pusat Data JUPEM Perlis. Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali.