Tarikh diterbitkan : 29 Oct 2021

Gangguan Capaian Sistem eKadaster di JUPEM W. P. Kuala Lumpur/Putrajaya

Dimaklumkan bahawa sistem eKadaster di JUPEM W. P. Kuala Lumpur/Putrajaya termasuklah aplikasi JUPEM2U W. P. Kuala Lumpur/Putrajaya akan mengalami gangguan capaian pada 29 Oktober 2021 (Jumaat) mulai jam 4.00 petang untuk memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan elektrik di Wisma JUPEM. Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali.