Tarikh diterbitkan : 29 Mar 2022

MAKLUMAN MENGENAI PENUTUPAN SEMENTARA MAKMAL UJIAN ALAT PENGESANAN UTILITI BAWAH TANAH DI IBU PEJABAT JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM), KUALA LUMPUR

Dimaklumkan Makmal Ujian Alat Pengesanan Utiliti Bawah Tanah bertempat di Ibu Pejabat JUPEM akan ditutup buat sementara waktu mulai pada 1 April 2022 (Jumaat) dan dijangka akan kembali beroperasi semula pada 13 Jun 2022 (Isnin) bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan serta pembaikan bangunan makmal ujian.
 
Sehubungan itu, jika terdapat sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut berhubung urusan berkaitan, para pelanggan boleh berhubung dengan pegawai Bahagian Pemetaan Utiliti, Ibu Pejabat JUPEM melalui telefon atau e-mel seperti berikut:

1. Sr Mohd Zakaria bin Gzazali | 03-2617 0743 | zakaria.gzazali@jupem.gov.my
2. Khairul Fahmi bin Mansor | 03-2617 0800 samb. 449 | fahmi@jupem.gov.my
 
Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali.