Tarikh diterbitkan : 30 Mar 2022

MAKLUMAN PERLANJUTAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT - SME) DI JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA

1. Dimaklumkan bahawa permohonan kemasukan ke laluan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert - SME) yang akan berakhir pada 31 Mac 2022 (Khamis) telah dilanjutkan sehingga 29 April 2022 (Jumaat).

2. Sehubungan dengan itu, Jabatan ini ingin mempelawa calon-calon yang berminat dan berkelayakan untuk memohon laluan SME ini berdasarkan kepada syarat- syarat asas yang telah ditetapkan. Untuk makluman YBrs. Dr. / Tuan juga, calon-calon yang berminat boleh membuat semakan menggunakan borang penilaian kriteria bagi kemasukan laluan SME melalui pautan https://www.jupem.gov.my/halaman/subject-matter-expert-sme untuk mengetahui status kelayakan masing-masing. Calon-calon juga perlu memperoleh markah penilaian SME 83% dan ke atas bagi membolehkan permohonan mereka dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Kerja SME JUPEM. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi dan melengkapkan borang-borang seperti berikut:

i.  Lampiran C- Borang Permohonan SME (disertakan bersama  dokumen-dokumen pembuktian dengan sebahagian dokumen disahkan); dan

ii.    Lampiran D - Surat Akuan Pinjaman Pendidikan.
 (Nota: Borang permohonan juga boleh dimuat turun melalui pautan seperti berikut https://www.jupem.gov.my/halaman/subject-matter-expert-sme)

3. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia selewat-lewatnya pada 29 April 2022 (Jumaat). Untuk kefahaman lanjut berhubung perkara ini, YBrs. Dr. / Tuan adalah disarankan untuk merujuk kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2016 - Kemajuan Kerjaya Laluan Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert - SME) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. Sebarang pertanyaan berhubung urusan permohonan ini boleh diajukan kepada pegawai-pegawai seperti berikut:
 
i.     Encik Mohd Dhaniel bin Mohd Sufian                     -           03-2617 0806     
       dhaniel.sufian@jupem.gov.my

ii.     Puan Qawiemmatul Adawiyah binti Kameri            -           03-2617 0783 
        qawiemmatul@jupem.gov.my

4.  Untuk makluman YBrs. Dr. / Tuan juga, hanya permohonan daripada calon-calon yang memenuhi syarat-syarat seperti yang ditetapkan dalam hebahan ini akan diproses. Calon yang tidak layak dan permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan dipertimbangkan. 

5.   Perhatian dan kerjasama YBrs. Dr. / Tuan dalam perkara ini amat dihargai.