Tarikh diterbitkan : 17 Jan 2020

Pelaksanaan Waktu Solat Subuh berdasarkan Nilai Altitud Matahari di bawah Ufuk 18°

Jabatan ini mengambil pendekatan melaksanakan waktu solat subuh berasaskan kedudukan matahari bawah ufuk 18° berbanding 20° sebelum ini. Perubahan ini adalah berdasarkan kajian yang telah dilaksanakan oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Universiti Malaya (UM). Ini akan menyebabkan waktu solat subuh lewat 8 minit. Negeri-negeri yang telah menguatkuasakan perubahan ini adalah seperti berikut:

  1. Selangor - 29.11.2019
  2. Wilayah Persekutuan - 30.11.2019
  3. Pahang - 11.12.2019
  4. Johor - 01.01.2020
  5. Melaka - 01.01.2020
  6. Sarawak - 01.01.2020
  7. Negeri Sembilan - 06.01.2020
  8. Perlis - 13.01.2020
  9. Perak - 18.01.2020
  10. Terengganu - 25.01.2020
  11. Sabah - 03.02.2020
  12. Kedah - 25.02.2020 

Bahagian Ukur Geodetik
Ibu Pejabat JUPEM
20.02.2020