Tarikh diterbitkan : 19 May 2022

URUSAN PEMANGKUAN BAGI PENOLONG JURUUKUR GRED JA29 KE PENOLONG JURUUKUR GRED JA36 DI JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA, KEMENTERIAN TENAGA DAN SUMBER ASLI

Dimaklumkan bahawa Jabatan ini akan melaksanakan urusan pemangkuan ke jawatan Penolong Juruukur Gred JA36 bagi pegawai yang telah dilantik / tukar lantik ke jawatan Penolong Juruukur Gred JA29 pada 10 Julai 2013 dan sebelumnya.

 

3.       Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak YBrs. Dr./Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengenal pasti pegawai-pegawai yang memenuhi syarat-syarat yang terdapat di dalam iklan yang dilampirkan dengan mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing selewat-lewatnya pada 9 Jun 2022 (Khamis) kepada alamat berikut:

 

Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

Bahagian Khidmat Pengurusan

Tingkat 12, Wisma JUPEM

Jalan Sultan Yahya Petra

50578 KUALA LUMPUR

(u.p.:  Puan Qawiemmatul Adawiyah binti Kameri)

 

4.Sebarang pertanyaan berhubung dengan urusan pemangkuan ini, pohon untuk diajukan kepada pegawai-pegawai berikut:

 

 BIL.

NAMA PEGAWAI

NO. TELEFON

EMEL

  1.

Puan Saliza binti Hj. Hamid

03-26170802

saliza@jupem.gov.my

  2.

Puan Arnita binti Rail

03-26170431

arnita@jupem.gov.my