Tarikh diterbitkan : 13 Feb 2020

PERMOHONAN KEMASUKAN KE LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT - SME) DI JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA TAHUN 2020

Dimaklumkan bahawa Jabatan ini ingin mempelawa calon-calon yang berminat dan berkelayakan untuk memohon laluan SME ini berdasarkan kepada syarat- syarat asas yang telah ditetapkan. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi dan melengkapkan borang-borang melalui pautan https://www.jupem.gov.my/halaman/subject-matter-expert-sme
 
Sehubungan itu, permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia selewat-lewatnya pada 31 Mac 2020 (Selasa).