Tarikh diterbitkan : 05 Mar 2020

Program Seminar Falak Kontemporari Kebangsaan 2020

Seminar Falak Kontemporari Kebangsaan 2020 yang bertema "Mentradisikan Keilmuan Falak" anjuran bersama Pertubuhan Juruukur DiRaja Malaysia (RISM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jabatan Mufti Negeri Kelantan dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) dan Jabatan Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) akan diadakan pada 6 April 2020 (Isnin) bersamaan 12 Syaaban 1441H di Dewan Besar Kompleks Islam Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan.

Maklumat lanjut berkenaan seminar ini boleh hubungi Dr. Razali (019-7291109) atau Puan Nabila (017-9481609) atau rujuk laman sesawang berikut:

https://www.geoinfo.utm.my/falak/