Tarikh diterbitkan : 29 Nov 2022

NOTIFIKASI GANGGUAN PERKHIDMATAN SISTEM MYRTKNET

Adalah dimaklumkan bahawa Perkhidmatan Sistem MyRTKnetbagi Pasca Pemprosesan (Post Processing) mengalami sedikit gangguan bermula 25 November 2022 kerana mengalami masalah teknikal di Pusat Data dan pemprosesan MyRTKnet. Pihak kami sedang berusaha secepat mungkin untuk mengatasi permasalah ini.

Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan dipohon agar tidak mengakses laman web www.myrtknet.gov.my buat sementara waktu supaya kerja-kerja pemulihan sistem dapat berjalan dengan lancar. Sebarang pembayaran untuk tujuan pengaktifan akaun sistem MyRTKnet serta muat turun data di laman sesawang tidak dapat dijalankan sepanjang tempoh gangguan ini.

Bagi Sistem MyRTKnet Cerapan Masa-Hakiki (Real-Time) di lapangan, pxy.myrtknet.gov.my perkhidmatan adalah tidak terjejas dan boleh diakses seperti biasa.

Jika terdapat sebarang pertanyaan dan masalah, sila berhubung terus dengan Pentadbir Sistem MyRTKnet atau e-mel ke admin.myrtknet@jupem.gov.my. Pihak kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang telah berlaku. 

Kesabaran dan kepercayaan anda amat kami hargai.