Tarikh diterbitkan : 07 Dec 2022

NOTIS GANGGUAN TALIAN TELEFON DI PEJABAT UKUR DAERAH TERENGGANU SELATAN

Untuk makluman talian telefon di Pejabat Ukur Daerah Terengganu Selatan (PUDTS), Kemaman mengalami gangguan dan tidak dapat dihubungi buat sementara waktu sehingga dimaklumkan kemudian.

Aduan telah dikemukakan kepada pihak TM Berhad dan dalam tindakan siasatan serta pembaikan.

Sebarang urusan berhubung dengan PUDTS boleh dikemukakan/hadir secara terus di Pejabat Ukur Daerah Terengganu Selatan.

Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali.