Tarikh diterbitkan : 18 Mar 2020

Notis Penutupan Pejabat JUPEM W. P. Kuala Lumpur/Putrajaya

Berikutan kenyataan oleh Perdana Menteri, Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin berkenaan Covid 19, Kerajaan Malaysia akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seluruh negara bermula pada 18.03.2020. Sekatan Kawalan ini dibawah Prevention and Control of Infectious Diseases Act 1988 and the Police Act 1967.

Susulan dengan Perintah Kawalan Pergerakan oleh Kerajaan Malaysia di bawah perkara Enam Iaitu premis kerajaan dan swasta akan ditutup kecuali perkhidmatan penting negara (atau essential services), dengan ini memaklumkan bahawa pejabat JUPEM WPKL/Putrajaya akan ditutup pada 18.03.2020 hingga tamat tempoh PKP. 

Sehubungan itu, sebarang urusan di JUPEM WPKL/Putrajaya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini adalah digalakkan melalui online sahaja dan pegawai-pegawai berikut juga boleh dihubungi ditalian:

1) Pengarah Ukur dan Pemetaan WPKL/Putrajaya 
     No. Hp - 0192604714, emel  : saiful@jupem.gov.my

2) Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan I- 
     No.Hp - 017 2053188, emel : simcy@jupem.gov.my 

3) Timbalan Pengarah Ukur dan Pemetaan II
     No.Hp - 011 1610 1223, emel  : jasmari@jupem.gov.my